Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, SEB perlu bayar semula - PM

HarianMetro Thu, Mar 13, 2025 11:19am - 3 weeks View Original


Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (SEB) bukanlah 'dana hangus' tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman yang perlu dibayar semula.

"Apakah dana ini dana hangus? Tidak. Apa yang dilakukan ialah suntikan ini akan dijadikan modal pinjaman supaya pengurusan baharu, mudah-mudahan, akan mengurus dengan lebih baik, mendapat keuntungan dan membayar semula dana suntikan RM1.1 bilion.

ANWAR Ibrahim ketika berucap di Majlis Perjumpaan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ANWAR Ibrahim ketika berucap di Majlis Perjumpaan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

"Ia bukan suntikan dana tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman," kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.

Anwar berkata keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan antarabangsa Ernst & Young (EY) bagi mengenal pasti masalah sebenar dalam syarikat tersebut.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

SAPNRG 0.045

Comments

Gavin Ho
1 Like · Reply
Guarantee burned. Sapura track record is so bad from Inception till date and the current debt is at more than 17 billion. This bad management culture will only rod it further till the government have to take it private, just like MAS.
Show more

Login to comment.