MClean umum penstrukturan pegangan saham DWZ, Dufu pegang 25 peratus

BeritaHarian Tue, Mar 04, 2025 12:36am - 2 months View Original


Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif MClean Technologies, Datuk Dr Terence Tea Yeok Kian.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif MClean Technologies, Datuk Dr Terence Tea Yeok Kian.
Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif MClean Technologies, Datuk Dr Terence Tea Yeok Kian.

KUALA LUMPUR: MClean Technologies Bhd (MClean), penyedia penyelesaian pembersihan dan rawatan permukaan, mengumumkan penstrukturan pegangan saham dalam anak syarikatnya, DWZ Industries Sdn Bhd (DWZ), menerusi perjanjian jual beli antara Decor Industries Pte Ltd (Decor) dan Dufu Technology Corp Bhd (Dufu).

Melalui perjanjian itu, Decor akan melepaskan 25 peratus kepentingannya dalam DWZ kepada Dufu. Selepas penstrukturan ini, pegangan MClean dalam DWZ kekal pada 55 peratus, sementara Dufu akan menjadi pemegang saham baharu dengan pegangan 25 peratus, manakala pegangan Decor berkurang kepada 20 peratus daripada 45 peratus sebelumnya.

DWZ memberi tumpuan kepada rawatan permukaan dan kemasan bahagian logam, segmen utama yang melengkapkan perniagaan teras MClean dalam penyelesaian pembersihan dan rawatan ketepatan.

Penyertaan Dufu, syarikat terkemuka dalam sektor teknologi dan kejuruteraan, dijangka meningkatkan potensi pertumbuhan DWZ menerusi kerjasama strategik dan sinergi operasi.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif MClean Technologies, Datuk Dr Terence Tea Yeok Kian, berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran Dufu sebagai pemegang saham baharu dalam DWZ.

"Kehadiran mereka akan membawa kepakaran tambahan dan nilai strategik kepada perniagaan, berpotensi menjana pertumbuhan sekitar 15 peratus dalam jangka pendek, dengan prospek lebih besar dalam jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, kerjasama ini mencerminkan komitmen MClean untuk memperluas keupayaannya dan memanfaatkan sinergi strategik bagi membuka peluang pertumbuhan baharu.

Dengan keuntungan mampan serta pengembangan syarikat ke dalam segmen acuan suntikan plastik, beliau optimis terhadap trajektori pertumbuhan masa depan MClean dan keupayaannya untuk terus memberikan nilai jangka panjang kepada pemegang saham.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

DUFU 1.300
MCLEAN 0.290

Comments

Patrick Leow
Like · Reply
...mm? m. no no

Login to comment.