AirAsia X rekod untung bersih RM32.98 bilion

BeritaHarian Tue, Feb 21, 2023 08:47pm - 1 year View Original


Airasia X Bhd

KUALA LUMPUR: Airasia X Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM32.98 bilion bagi tempoh 18 bulan yang berakhir 31 Disember 2022.

Ia kebanyakannya disumbangkan daripada selesainya penstrukturan semula hutang pada suku pertama 2022.

Hasil semasa tempoh berkenaan berjumlah RM878.17 juta.

Seperti yang diumumkan pada 2 Disember 2022, tahun kewangan kumpulan telah diubah daripada 31 Disember 2020 kepada 30 Jun 2021, dan tidak akan ada maklumat kewangan perbandingan bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, bagi tempoh tiga bulan sehingga Disember 2021, ia memperoleh hasil RM119.4 juta daripada operasi kargo dan carter, peningkatan RM48.5 juta atau 68 peratus berbanding suku sebelumnya dan meningkat RM112 juta berbanding suku yang sama pada 2020, yang hanya mencatatkan RM7.4 juta.

"Peningkatan ketara hasil itu mencerminkan tumpuan baharu kami untuk mengembangkan perniagaan kargo, strategi yang akan digabungkan dengan pengangkutan penumpang bagi memastikan semua laluan mencapai keuntungan," katanya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AAX 1.570
BURSA 9.680

Comments

Alex Chong
Like · Reply
32 billion are you kidding
pali cd
Like · Reply
Creative acc...ing

Login to comment.